LONDON, 17 Nov – Roger Federer terus membuatkan Marin Cilic kecewa di London ketika dia mengulangi kejayaan di Wimbledon dengan kemenangan 6-7 (5/7), 6-4, 6-1 ke atas pemain dari Croatia itu di ATP Finals semalam.
Hanya empat bulan lalu dan hanya beberapa batu menyeberangi selatan London, Federer meraikan gelaran kelapan Wimbledon peribadinya selepas menewaskan Cilic dalam perlawanan akhir yang berat sebelah.
Cilic terjejas dengan mengalami masalah lecet pada kaki dan pemain dari Croatia itu dalam keadaan sedih ketika perlawanan masih berlangsung.
Dalam pertemuan pertama mereka sejak pertandingan All England Club, Federer sekali lagi menghantui Cilic ketika dia bangkit di O2 Arena.

Setelah menewaskan Jack Sock dan Alexander Zverev dalam dua perlawanan pertamanya, Federer sudah dipastikan layak sebagai pemenang Kumpulan Boris Becker, tetapi dia tidak memandang mudah ketika menentang Cilic.
Dengan melanjutkan kemenangannya kepada 13 perlawanan, pemain berusia 36 tahun itu, mara dari peringkat kumpulan Tour Finals dengan rekod 3-0 buat kali ke-10 sepanjang kerjayanya.
Hadiah tunai dari kemenangan Federer ke atas Zverev pada Selasa lalu memastikannya mengatasi pemain golf, Tiger Woods untuk menjadi atlet yang menerima pendapatan tertinggi dunia, dengan purata 84 juta pound (AS$110 juta, 94 juta euro) menurut Forbes. – AFP