Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer kembali ke gelanggang tanah liat

    PARIS, 3 Mei – Roger Federer bakal turun di kejohanan gelanggang tanah liat pertamanya dalam tempoh tiga tahun dengan destinasi sulung adalah di Madrid pada minggu depan. Sambil menyifatkan dirinya sebagai ‘orang asing’ di gelangang berdebu itu, Federer, 37, yang kali terakhir beraksi pada Masters Rome 2016 bagaimanapun tetap berdebar untuk memulakan cabaran seperti pemain baru.

    “Saya berasa teruja. Ia satu cabaran yang bagus untuk saya dan ujian yang baik. Yakin tidak juga ibarat saya ini orang asing. Saya kena mula dari bawah semula,” katanya yang sebelum ini lebih menumpukan perhatian kepada gelanggang keras dan rumput sahaja.

    Federer kini dalam perjalanan untuk kembali ke Terbuka Perancis, kejohanan Grand Slam tanah liat yang menjadi kemuncak sasarannya tahun ini.

    Matlamat jangka panjangnya musim bunga ini adalah Roland Garros di mana dia juara pada 2009 dan empat kali naib juara pada 2006, 2007, 2008 dan 2011 selepas tewas setiap kali kepada Nadal.

    Gelaran laman tanah liat terakhir Federer di Istanbul pada 2015, pada tahun sama yang menyaksikan penampilan terakhir Roland Garros beliau berakhir selepas tersingkir pada suku akhir kepada sahabat karibnya Stan Wawrinka.

    Rom 2016 menyaksikan bintang Switzerland itu tewas straight set kepada Dominic Thiem pada pusingan ketiga seolah-olah meyakinkannya bahawa kerjaya beliau di gelanggang tanah liat berakhir.

    “Saya tidak begitu yakin masuk ke gelanggang tanah liat ini. Saya boleh memberitahu anda bahawa saya tidak ingat lagi bagaimana untuk menggelongsor,” kata Federer. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda