Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer kotakan impian Shapovalov

    MIAMI, 29 Mac – Roger Federer akan mengotakan impian Denis Shapovalov hari ini selepas pemain dari Switzerland menempah tiket separuh akhir Terbuka Miami menentang pemain dari Kanada itu setelah mencatat kemenangan 6-0,6-4 ke atas Kevin Anderson.

    Shapovalov, yang menewaskan Frances Tiafoe 6-7 (5/7), 6-4, 6-2 untuk mara ke peringkat separuh akhir ATP Masters, mengidolakan dan mempelajari aksi pemenang Grand Slam 20 kali itu yang menampilkan aksi memberangsangkan di Stadium Hard Rock.

    Ini merupakan pertemuan pertama dan perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh pemain Kanada itu.

    “Ia merupakan perlawanan yang saya tunggu sepanjang hidup saya, perlawanan hebat menentang idola anda. Mimpi jadi kenyataan,” kata Shapovalov.

    “Saya akan cuba dan beraksi seperti perlawanan lain, menikmatinya dan beraksi sebaik mungkin. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi saya gembira kerana berpeluang berdepan dengannya.”

    Meskipun Federer menjadi hero pemain berusia 19 tahun itu, dia juga cuba mempelajari daripada Rafael Nadal dan Novak Djokovic.

    “Roger, saya seringkali melihat pukulan backhand dan cuba untuk meniru serta meningkatkan prestasi sepertinya, beraksi secara agresif,” katanya. – AFP

    Federer ketika membalas pukulan Anderson semasa saingan Terbuka Miami di Miami Gardens, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda