Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer melangkah ke final

    ROTTERDAM, 18 Feb – Jaguh Tenis Switzerland, Roger Federer meraikan kejayaannya muncul pemain tertua menduduki ranking pertama dunia dengan melangkah ke final tenis ATP Terbuka Rotterdam.

    Pemain itu mara selepas mencatat kemenangan 6-3, 7-6 (7/3) ke atas pemain Itali, Andreas Seppi meskipun tidur agak lewat bagi menyaksikan liputan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

    Federer, 36 menambah rekod kemenangannya ke atas Seppi kepada 14 daripada 15 perlawanan ketika pemain di ranking 81 dunia itu mara ke separuh akhir kerana nasib.

    Pilihan utama, Federer bakal bertemu Grigor Dimitrov di pentas final hari ini.

    Dimitrov, yang juga pilihan kedua mara ke final selepas pemain Belgium, David Goffin terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan di bahagian matanya. Dimitrov ketika itu sedang mendahului 6-3, 0-1.

    Reaksi Roger Federer selepas menang ke atas Andreas Seppi dalam perlawanan separuh akhir ATP Terbuka Rotterdam. – AFP

    Federer berkata meskipun kurang tidur disebabkan oleh kejayaan terbarunya serta menonton Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, dia tidak bermasalah untuk mengekalkan kecergasan bagi menghadapi aksi final yang memberinya peluang menjulang trofi ke-97 dalam kerjayanya.

    “Saya merasa baik hari ini, mungkin sedikit berat di atas gelanggang tetapi saya agresif,” kata pemenang 20 kali Grand Slam itu. “Saya mula untuk mencari tenaga pada pertengahan set pertama, tetapi permulaannya agak sukar.”

    Pemenang dua kali Terbuka Rotterdam itu yang mengesahkan kedudukan ranking nombor satu dunia selepas menewaskan Robin Haase di suku akhir, semalam.

    “Saya rasa bagus, ia bukan minggu penuh fizikal, mungkin sedikit emosional,” tambahnya.

    Walaupun mempunyai kelebihan dengan rekod kemenangan 6-0 ke atas Dimitrov, Federer tidak mahu mengambil ringan cabaran pemain kelahiran Bulgaria itu di pentas final. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda