Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer, Nadal dipilih semula majlis ATP

    PARIS, 30 DIS – Pemain legenda tenis Rafael Nadal dan Roger Federer, menduduki tangga kedua dan kelima di dunia masing-masing, telah dipilih semula dalam majlis pemain ATP, dengan penggal mereka berlangsung sehingga Jun 2022.

    Majlis itu, diundi oleh anggota pemain ATP, juga melihat pemilihan semula pemain Kanada Felix Auger-Aliassime, pemain Australia John Millman, pemain Afrika Selatan Kevin Anderson, pemain Britain Andy Murray dan pemain Brazil Bruno Soares.

    Selain itu, pemain Perancis Gilles Simon kembali semula ke majlis selepas penggal sebelumnya sementara pendatang baharu Pablo Andujar dari Sepanyol dan Marcus Daniell dari New Zealand akan menyertai untuk penggal pertama mereka.

    Pemain Britain Colin Dowdeswell dan pemain Venezuela Daniel Vallversu masing-masing dipilih sebagai wakil untuk pemain bersara dan jurulatih.

    Presiden dan naib presiden majlis akan dipilih pada mesyuarat pertamanya pada 2021. Ia dipengerusikan sehingga tahun lalu oleh pemain nombor satu dunia Novak Djokovic.

    Namun pemain Serbia itu menarik diri pada Ogos untuk menubuhkan persatuan pemain baharu yang dikatakannya akan termasuk wanita dan bertujuan mengumpul pemain untuk memberikan lebih banyak suara dalam membuat keputusan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda