Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federer raih suku akhir ke-50

    LONDON, 11 Julai – Roger Federer telah mencapai suku akhir ke-50 Grand Slam dan 15 Wimbledon semalam dengan kemenangan 6-4, 6-2, 6-4 ke atas Grigor Dimitrov.

    Juara Wimbledon sebanyak tujuh kali, Federer, akan berdepan dengan jaguh tenis pilihan keenam dari Kanada, Milos Raonic, untuk merebut tempat separuh akhir.

    Raonic, pemenang kedua 2016, mara ke suku akhir Wimbledon dengan kemenangan 4-6, 7-5, 4-6, 7-5, 6-1 ke atas Alexander Zverev dari Jerman.

    Dalam kejohanan Wimbledon 2016, Raonic telah menewaskan Federer di pusingan separuh akhir.

    Federer, 35, juga merupakan pemain kedua tertua yang mara ke suku akhir di Wimbledon di belakang Rosewall, yang berusia 39 tahun ketika dia mara ke lapan pemain terakhir pada tahun 1971.

    “Saya teruja untuk kembali dalam pusingan suku akhir sekali lagi,” kata Federer yang membawa rekodnya ke atas Dimitrov kepada 6-0.

    “Ia sangat istimewa untuk meraih suku akhir ke-15 di sini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda