LONDON, 30 Jun – Roger Federer yakin keputusannya untuk tidak bermain di atas gelanggang tanah liat musim ini akan membuahkan hasil dalam usahanya memburu rekod kejuaraan Wimbledon buat kali kelapan.
Kejayaan memenangi Terbuka Australia memberikan permulaan musim yang cukup baik, namun Federer terlepas aksi Terbuka Perancis, sekali gus meletakkan dirinya pada tahap terbaik menjelang Wimbledon.
Pemain berusia 35 tahun itu tahu dia mempunyai peluang yang lebih baik memenangi Wimbledon, di mana dia menjulang trofi tujuh kali berbanding apa yang dilakukannya di Roland Garros, di mana dia hanya menang sekali sahaja.
Walaupun Federer kalah dalam pusingan pertama ketika kembali ke aksi di Stuttgart, dia dengan pantas pulih dengan memenangi kejohanan gelanggang rumput di Halle untuk kali kesembilan dan yakin kecergasan fikiran dan fizikal penting pada peringkat kedua Wimbledon.
“Idea ini untuk menjadikan mental saya lebih segar dan bersemangat untuk bermain. Pada mulanya, saya bercadang untuk rehat selama tujuh minggu sebelum beraksi atas tanah liat.
“Namun saya ambil keputusan untuk berehat selamat 10 minggu. Saya tidak pernah menyesal dan saya akan teruskan dengan keputusan saya.
“Saya berlatih lebih banyak di atas gelanggang rumput. Kini Wimbledon akan buka tirai dan anda boleh rasakan berada di tahap terbaik untuk bermain.”
Dengan pencapaian 18 gelaran grand slam, Federer menjadi pemain pilihan untuk muncul sebagai pemenang Wimbledon untuk kali pertama sejak 2012. – AFP