LONDON, 18 Julai – Masih bersemangat selepas meraih gelaran Wimbledon kelapan, Roger Federer telah memberi amaran kepada semua pesaingnya bahawa dia mampu bermain hingga usia 40 tahun, menikmati dominasi era akhirnya bersama Rafael Nadal. Federer menewaskan Marin Cilic untuk menjadi juara tertua Wimbledon di era moden hujung minggu lalu, mengatasi tujuh gelaran All England Club