Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Felix wira Atletico

ORLANDO, 1 OGOS – Pemain remaja Portugal Joao Felix menjaringkan gol sensasi ketika Atletico Madrid menewaskan MLS All-Stars 3-0 di Stadium Exploria, pagi tadi.

Marcos Llorente yang dibeli dari Real dengan harga AS$42 juta meletakkan kelab Sepanyol itu di hadapan pada babak pertama sebelum penyerang berusia 19 tahun berharga AS$134 juta itu meledak gol kedua.

Diego Costa menjaringkan gol ketiga pada lewat permainan dalam aksi yang menyaksikan banyak pertukaran pemain dilakukan.

Bintang Los Angeles Galaxy, Zlatan Ibrahimovich dikeluarkan selepas setengah jam permainan. Walaupun percubaan terbaik diperolehi Wayne Roone, kelab La Liga itu lebih mendominasi perlawanan.

“Tidak banyak saya tahu mengenai Joao Felix tetapi dia seperti mempunyai teknik yang baik,” kata Rooney. “Saya yakin dia akan menjadi pemain yang bagus kepada Atletico pada masa hadapan.”

Pengurus Atletico, Diego Simeone pula lebih berminat menghamburkan pujian kepada keseluruhan pasukan.

“Saya puas hati dengan semua pemain baharu dan hala tuju kami ketika pramusim,” kata Simeone. – AFP

Joao Felix (7) mengawal bola untuk melepasi halangan Bastian Schweinsteiger dalam aksi di Stadium Exploria di Orlando, Florida, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda