BRUSSELS, 1 MEI – Marouane Fellaini akan meminjamkan bekas kelabnya Standard Liege tiga juta euro (AS$3.26 juta) untuk membantu mereka menangani krisis koronavirus (COVID-19), lapor media Belgium kelmarin.
Bekas pemain tengah Everton dan Manchester United, yang kini bermain untuk Shandong Luneng di China, mengikuti jejak rakan sepasukan antarabangsanya, Axel Witsel, yang juga telah melabur di kelab Liga Pro. Menurut satu laporan, Witsel selaku pemain Borussia Dortmund baru-baru ini memperoleh 45 peratus saham di stadium Standard, yang akan menjalani kerja-kerja pengubahsuaian yang besar. Standard ditolak lesen profesional oleh persekutuan bola sepak Belgium awal bulan ini. Tanpa itu, juara kebangsaan sebanyak 10 kali itu berkemungkinan diturunkan ke divisyen amatur. Mereka telah mengajukan rayuan ke gelanggang sukan Belgium, dan diharapkan mendapat keizinan tersebut dengan bantuan Fellaini dan pelabur lain, menurut agensi Belga. –AFP
