Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fenerbahce menang bergaya atasi Anderlecht

    PARIS, 14 FEB – Fenerbahce kendalian Jose Mourinho menang bergaya 3-0 ke atas Anderlecht untuk mencerahkan peluang ke pusingan 16 terakhir.

    Duo bekas Liga Perdana Inggeris, Dusan Tadic dan Edin Dzeko, masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk Fenerbahce sebelum pemain antarabangsa Maghribi, Youssef En-Nesyri, menanduk masuk gol ketiga untuk Fenerbahce dan memberikan mereka kawalan penuh.

    Mourinho memenangi pertandingan itu bersama Porto pada 2003 dan sekali lagi bersama Manchester United pada 2017, selain turut layak ke final ketika dia mengendalikan Roma dua tahun lalu.

    “Kami beraksi dengan sangat baik, tetapi saya tidak boleh katakan ‘satu keputusan bagus’. Kami perlu mara ke pusingan seterusnya supaya ini boleh dikatakan keputusan yang baik,” kata Mourinho.

    “Biasanya, sudah tentu, apabila awda mendahului 3-0, awda gembira, tetapi masih ada pusingan kedua. Jadi, segala-galanya masih terbuka.” – AFP

    Edin Dzeko melepaskan tendangan untuk menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Europa antara Fenerbahce dan Anderlecht di Stadium Sukru Saracoglu di Istanbul, pada 13 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda