ISTANBUL, 2 JUN – Bekas bos Real Madrid, Jose Mourinho akan diumumkan sebagai jurulatih baharu kelab bola sepak Fenerbahce hari ini, kata kelab itu.
Selepas beberapa hari petunjuk kuat bahawa Mourinho akan mengambil alih kelab Istanbul itu, ia berkata dalam satu catatan di platform media sosial X hari ini bahawa pengurus dari Portugal itu akan menghadiri majlis di padang Sukru Saracoglu.
“Saracoglu sedang menantikan jurulatih baharunya, Jose Mourinho dan para peminatnya yang hebat pada jam 1900!”
Pada malam Sabtu, Fenerbahce telah memuat naik mesej video daripada Mourinho, 61, di mana beliau memberitahu peminat Fenerbahce bahawa beliau akan ‘jumpa awda esok di Kadikoy dan mari kita mulakan perjalanan kita bersama’.
Ini merupakan tugas pertama Mourinho sejak beliau meninggalkan Roma pada Januari selepas dua setengah tahun memenangi Liga Europa pada 2022 dan beberapa siri pertikaian dengan pengadil. – AP
