Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Fenomena air pasang besar disertai hujan lebat sebabkan banjir di Port Dickson

    TAMPIN, 25 OGOS – Fenomena air pasang besar disertai hujan lebat selama beberapa jam, dipercayai punca berlaku banjir di kebanyakan kawasan Port Dickson sehingga semalam.
    Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata masalah itu perlu diberi perhatian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan pusat, supaya tidak berulang pada masa hadapan.

    “Kita berharap dapat mencari punca sebenar. Ia berlaku di seluruh pantai. Bukan disebabkan masalah perparitan tetapi apabila air tidak boleh keluar ke laut yang lebih tinggi dari di darat, jadi air bertakung.

    “Air darat rendah menyebabkan air laut masuk dan tidak boleh keluar hingga banjir di kawasan rendah semasa air pasang besar yang dijangka selama beberapa hari sehingga semalam,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali ke-13 bagi Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Hujan lebat berterusan di Vietnam ragut 16 nyawa

    HANOI, 20 NOV - Pasukan penyelamat mengeluarkan penduduk yang...

    SBPAC tubuh pusat sokongan wilayah hadapi musim banjir di Thailand

    YALA, 19 NOV - Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan...

    Lebih 900,000 penduduk Gaza tanpa rumah berisiko hadapi banjir

    GAZA CITY/ISTANBUL, 14 NOV - Lebih 900,000 penduduk awam...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...