NEW YORK, 11 OGOS – Filem animasi KPop Demon Hunters yang penuh warna-warni telah berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini. Klip-klip muzik video daripada filem tersebut mula mendapat tontonan ramai di pelbagai platfrom penstriman dan mula kedengaran di merata tempat.
Filem Sony Pictures/ Netflix itu sendiri telah terbukti menjadi hit musim panas apabila lagu-lagu dari filem telah mendahului carta memulakan debutnya di No 1 pada carta Lagu Lagu Billboard dan No 8 pada Billboard 200 semua genre.
Artikel ini menghuraikan filem pemburu hantu KPop tersebut menjadi kisah kejayaan yang mengejutkan tahun ini.
Tradisi muzik K-pop yang diberi penghormatan
Lagu-lagu dalam filem berkenaan diterbitkan daripada beberapa artis yang terbaik dalam genre tersebut. Itu termasuk perkongsian dengan syarikat K-pop ,The Black Label, yang diasaskan bersama syarikat penerbit yang terkenal, Teddy Park, yang mengendalikan YG, Blackpink dan 2NE1, iaitu kumpulan remaja-remaja yang diperkasakan dan digunakan sebagai rujukan untuk watak utama filem, iaitu trio HUNTR/X.
Ia adalah salah satu daripada banyak mengapa lagu-lagu dalam filem itu benar-benar terserlah. Pembuat filem itu, “benar-benar membuat kerja rumah mereka,” kata Jeff Benjamin, seorang wartawan muzik yang pakar dalam K-pop.
Sesungguhnya, mereka melakukan banyak kajian. Salah seorang pengarah filem itu, Maggie Kang, berkata bahawa pasukannya mengutamakan, “mewakili kumpulan-kumpulan peminat dan idola dengan cara yang sangat khusus,” supaya tidak mengecewakan peminat K-pop.
Contohnya, lagu kumpulan lelaki Saja Boys “Soda Pop,” merujuk kepada kumpulan K-pop tahun 90-an H.O.T. Ini juga seterusnya terbukti apabila lapan lagu dari filem berkenaan berjaya mendarat di Billboard Hot 100.
Tamar Herman, seorang wartawan muzik berkata filem itu berjaya kerana ia merangkumi tradisi muzik animasi dan gaya penerbitan muzik K-pop yang tulen dalam ukuran yang sama. Dia menganggap Kpop Demon Hunters sebagai, “muzik dengan lagu-lagu yang diilhamkan oleh K-pop,” yang tidak seperti sebuah muzikal Jukebox biasa.
Penonton mahukan sesuatu yang baharu
Pada masa banyak filem animasi bergantung pada adaptasi harta intelek yang sedia ada, KPop Demon Hunters adalah sesuatu yang ‘asli’.
“Ia bukan sepenuhnya Korea, ia juga bukan sepenuhnya dari Barat dan ia agak tepat berada di tengah-tengah,” kata Maggie Kang. “Ia seperti tidak ditarik dari satu sisi; ia adalah ‘secukup rasa’ dari kedua-duanya. Jadi, saya fikir itulah yang membuatkan filem itu terasa sedikit berbeza.”
Dan “cerita pada asasnya lah yang paling menarik minat semua orang,” kata Kang.
Seorang cosplayer dan pencipta kandungan yang berpangkalan di San Francisco, Nanci Alcántar turut bersetuju. “Ia bukan sahaja kumpulan K-pop, tetapi ia juga menceritakan kisah perjalanan mereka, bagaimana mereka berubah menjadi pahlawan yang berkuasa,” kata Alcántar. Baginya, ia melangkaui K-pop, ia adalah mengenai naratif.
Pendekatan Maggie Kang terhadap keaslian budaya Korea juga mungkin telah menyumbang kepada daya tarikan dalam filem itu. Antara babak filem yang menerangkan elemen budaya adalah lawatan HUNTR/X ke klinik perubatan tradisional atau menterjemah budaya kayu lampu K-pop. “Kami hanya mahu semua penonton merasai mereka berada di Korea,” kata Kang.
Teknik animasi yang inovatif
Zabrinah Santiago, peminat lama K-pop yang berpangkalan di San Diego dan juga seorang ilustrator bebas, begitu terinspirasi oleh gaya animasi filem itu sehingga dia teruja membuat karya seninya sendiri. Dia menjual kad peminat bergambar HUNTR/X dan Saja Boys di gerainya di Ekspo Anime Los Angeles, yang diadakan pada bulan Julai, dua minggu selepas filem itu ditayangkan di Netflix.
Dan dia bukan seorang sahaja. Carian #kpopdemonhunters di Instagram menghasilkan beribu-ribu ilustrasi peminat HUNTR/X dan Saja Boys.
Seorang youtuber, Emily Sim yang berpangkalan di Jepun, juga berkata rekaan watak-watak dan plot asal menarik perhatiannya. Dengan lebih daripada 3.5 juta pelanggan di saluran YouTube miliknua, dia menyiarkan video selama 35 minit tentang filem itu dan telah mendapat hampir 450,000 tontonan dalam masa seminggu lebih.
Maggie Kang berkata untuk filem tersebut, pasukannya mahu menyatukan hantu dan watak Jeoseung Saja, seorang watak dalam mitologi Korea — untuk filem yang kelihatan sangat tradisional dan moden — apa yang dikatakannya adalah perkara biasa dalam K-drama tetapi bukan dalam animasi.
Tamar Herman membandingkan filem itu dengan animasi Sony yang lain seperti Spider-Man yang pernah menarik ramai penonton dengan animasi kreatifnya. “Dan ia adalah muzikal animasi yang menyeronokkan, yang sudah lama kami tidak menontonnya,” katanya. “Ia menarik, ia universal.”
Peminat K-pop melihat diri mereka diwakili
Zabrinah Santiago pada mulanya ragu-ragu dengan tajuk filem yang menggunakan perkataan Kpop.
“Saya rasa dengan syarikat-syarikat besar suka menggunakan K-pop sebagai umpan. Mereka mengambil kesempatan atas keikhlasan peminat K-pop,” kata Santiago. “Tetapi saya rasa dengan yang ini, ia seperti surat cinta kepada peminat K-pop.”
Tamar Herman bersetuju lagi dan mengatakan bahawa filem itu mempunyai jenaka tersembunyi untuk peminat K-pop, tidak seperti filem kanak-kanak yang memaparkan beberapa jenaka yang bertujuan untuk menarik minat ibu bapa secara khusus.
“Memikirkan apa yang membuatkan K-pop serasi dengan peminat muzik adalah sangat penting untuk filem ini,” kata Herman.
Bagi Maggie Kang, itu sentiasa menjadi teras projek. “Kumpulan peminat atau fandom memainkan peranan besar dalam cerita selamatkan dunia pada penghujung filem,” katanya. “Jadi, kami benar-benar yakin bahawa kami telah melakukan ini sebaik-baiknya.” – AP






