KABYLIA – Di sebuah gimnasium di Kabylia, utara Algeria, Cerine Kessal yang berusia 15 tahun giat memukul beg tinju. Juara kebangsaan dua kali ini bercita-cita untuk mencapai kejayaan lebih besar selepas Imane Khelif memenangi pingat emas Olimpik pada tahun lalu. Kemenangan Khelif telah mencetuskan minat baharu dalam kalangan gadis dan wanita Algeria terhadap sukan tinju

