Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fenomena mikrobulan bakal terangi malam hujung minggu ini

    NEW YORK, 9 APRIL – Fenomena mikrobulan bakal berlaku tidak lama lagi.

    Bulan penuh pada malam Sabtu ini akan kelihatan sedikit lebih kecil dan malap. Namun, perubahan ini mungkin sukar untuk dikesan dengan mata kasar.

    “Ia adalah perbezaan yang sangat halus,” kata ahli astrofizik Alain Brizard dari Saint Michael’s College di Vermont.

    Fenomena itu berlaku apabila bulan berada pada kedudukan paling jauh dari Bumi. Ia merupakan perkara yang bertentangan dengan fenomena supermoon, apabila bulan berada lebih dekat dengan Bumi dan kelihatan agak besar.

    Untuk melihat mikrobulan, awda hanya perlu keluar dan memandang ke langit di kawasan yang mempunyai pemandangan bulan yang jelas.

    Supermoon dan mikrobulan berlaku beberapa kali dalam setahun, apabila fasa penuh bulan bergerak serentak dengan orbitnya. – AP

    Bulan penuh terbit di atas awan ketika matahari terbenam di Lisbon, pada Sabtu, 14 Disember 2024. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda