MOKPO, Korea Selatan, 31 Mac – Bangkai feri Sewol, Korea Selatan yang telah dinaikkan ke permukaan akhirnya tiba di pelabuhan hari ini, hampir tiga tahun selepas ia karam dalam perjalanan yang meragut lebih dari 300 jiwa.
Kapal separuh tenggelam yang membawa bangkai kapal tersebut berlabuh di jeti di pelabuhan barat daya Mokpo, kata jurugambar AFP yang berada di tempat tersebut.
Kapal tersebut dinaikkan dari dasar laut dalam satu operasi yang sukar sebelum ditukar kepada kapal yang boleh tenggelam bagi perjalanan sepanjang 105-kilometer (66 batu) ke pelabuhan tersebut, di mana penyiasat akan melakukan pencarian.
Hampir kesemua yang maut adalah murid-murid sekolah dan sembilan dari mangsa tidak pernah ditemukan, yang meletakkan kemungkinan mereka masih terperangkap di dalam.
Kapal yang diangkat itu diiringi oleh bot kecil yang membawa keluarga dari sembilan mangsa yang hilang, begitu juga dengan lima kapal peronda.

“Ini baru permulaan. Saya selalu bertemu anak perempuan saya dalam mimpi,” kata Park Eun-Mi, yang mana anak perempuannya Huhj Da-Yun tidak ditemui.
“Kita perlu mencari kesemua sembilan yang hilang dan memulangkan mereka kepada dakapan keluarga mereka,” dia memberitahu para wartawan.
Pagar bawah air telah dipasang di sekitar kawasan itu tempat Sewol tenggelam dan penyelam juga mencari di perairan dan dasar laut di sana. – AFP