Saturday, May 3, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fernandes, Casemiro julang United di Bilbao

    BILBAO, 2 MEI – Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Manchester United selangkah berada di final Liga Europa dengan persembahan klinikal di gelanggang lawan untuk mengalahkan Athletic Bilbao yang beraksi 10 pemain 3-0, kelmarin.

    Penyokong tuan rumah berang apabila pertahanan Athletic, Daniel Vivian dilayangkan kad merah kerana menarik Rasmus Hojlund dan Fernandes menyepak masuk penalti, selepas Casemiro membuka tirai jaringan bertentangan pada separuh akhir pertama.

    Fernandes kemudian merembat masuk gol ketiga sebelum separuh masa ketika pasukan kendalian Ruben Amorim semakin menghampiri final, yang akan diadakan di Stadium Athletic San Mames.

    Tuan rumah mengimpikan memenangi trofi pertama Eropah di laman sendiri tetapi harapan mereka pudar susulan persembahan profesional United di utara Sepanyol – dan penyokong Athletic mempersoalkan mutu pengadilan.

    “Saya fikir ia adalah keputusan terbaik (dalam tempoh saya) kerana tiada siapa menjangka keputusan ini – tetapi awda melihat dua perlawanan hari ini,” kata Amorim kepada pemberita.

    “25 minit pertama, kemudian (satu lagi) selepas jaringan dan dibuang padang.”

    Terdampar di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris, kelayakan ke Liga Juara-Juara buat United hanya pasti dengan kejayaan dalam Liga Europa, ketika ia turut menawarkan peluang untuk mengaut £100 juta (AS$133 juta). – AFP

    Casemiro (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa UEFA di Stadium San Bilbao, Manchester United pada 1 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda