Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fernandes sasar capai pelan AirAsia

    DAVAO (Filipina), 23 Julai – Selepas berjaya meletakkan AirAsia bertapak kukuh dalam pasaran penerbangan Asia sejak 16 tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes kini berhasrat untuk menggabungkan unit-unit syarikat penerbangan tambang rendah itu di Asia Tenggara di bawah sebuah syarikat induk yang tersenarai.

    Pelan ‘One AirAsia’ itu berhasrat menyatukan kesemua unit di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dan seterusnya disenarai, dalam masa dua tahun.

    “Langkah pertama adalah untuk membentuk syarikat kumpulan itu yang sedang diusahakan secara gigih oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rozman Omar. Banyak kerja yang perlu dilakukan ‘One AirAsia’ dari segi struktur korporat. Namun, ‘One Air Asia’ sebagai syarikat dalam satu syarikat sememangnya berjalan lancar.

    “Kami dapat mengurangkan kos, menggabungkan banyak perkhidmatan manakala banyak produk dapat diseragamkan,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu selepas mengumumkan perkhidmatan penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Davao yang akan bermula 21 Dis ini.

    Mengulas selanjutnya, Fernandes mengakui langkah penstrukturan korporat itu memerlukan banyak usaha kerana syarikat perlu ‘memujuk’ kerajaan Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia untuk meminda peraturan pemilikan dan ia kini mula menampakkan hasil. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda