Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ferrari bangga dengan keuntungan tahunan

    MILAN, 3 Feb – Pembuat kereta mewah Itali, Ferrari berkata kelmarin ia telah mencapai satu rekod keuntungan dalam tahun 2016, dirangsang oleh permintaan tinggi kereta sport 488 nya, satu tanda baik buat firma berkenaan yang bersedia bagi ulang tahun ke-70nya.

    Syarikat itu mengumumkan lebih baik dari yang dijangkakan keuntungan bersih melonjak 38 peratus kepada 400 juta euro (AS$430 juta), 110 juta lebih tinggi daripada keuntungan 2015 dan mengatasi ramalan pakar analisis hampir 390 juta, di tengah-tengah peningkatan 8.8 peratus dalam jualan kepada 3.1 bilion euro.

    Para peniaga menerima berita itu dengan baik apabila saham syarikat pembuat kereta itu meningkat 3.73 peratus kepada 59.75 euro, penutupan jualan tertinggi setakat ini, mendorong Ketua Pegawai Eksekutif Sergio Marchionne memberikan tabik hormat kepada tahun yang begitu baik apabila ia menyasarkan pengeluaran 10,000 unit bagi 2020-2025.

    Ferrari 488 GTB yang mendorong kejayaan pada jualan Ferrari. – AFP
    Ferrari 488 GTB yang mendorong kejayaan pada jualan Ferrari. – AFP

    “Kami amat berpuas hati dengan kemajuan yang telah kami capai,”

    kata Marchionne, memberi tumpuan dalam mengekalkan kos di bawah kawalan untuk merangsang margin operasi.

    “Pencapaian ini didorong oleh kejayaan pada jualan kereta 488 GTB dan 488 Spider,” menurut syarikat itu dalam satu keterangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda