Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ferrari dedah rancangan baharu

    MARANELLO, Itali – Ferrari dalam rangka untuk pertumbuhan masa depan dengan melihat kembali kepada akar umbi.

    Rancangan model baharu Ferrari ini adalah mensasarkan kepada sasaran baharu, dengan nama yang diambil daripada Purosangue atau Thoroughbred di mana jentera itu adalah sebuah ‘hadiah’ kepada pembeli setia, secara khususnya, siri Icona akan bangkit semula selepas lama ‘senyap’.

    Ferrari juga merancang untuk sebuah supercar dan juga akan membangunkan enjin V-6.

    Jentera pertama bagi siri Icona, iaitu Monza SP1 dan SP 2, sebuah kereta berkuasa tinggi yang akan berasaskan model klasik ‘barchetta’ pada 1940an dan 1950an dengan teknologi Formula Satu (F1). Ferrari menyifatkannya sebagai sebuah kereta paling berkuasa dalam sejarah syarikat itu.

    Menurut Ferrari, kurang daripada 500 model jentera Monza SP akan dihasilkan dan hanya dijual kepada pelanggan Ferrari yang sah. Model ini akan menggabungkan model yang mempunyai satu dan dua tempat duduk.

    Ferrari Monza SP 1 dipamerkan di Maranello, Itali baru-baru ini. – AP
    Bahagian depan Monza SP 1 yang digabungkan dengan reka bentuk klasik dan moden. – AP
    Stereng Ferrari Monza SP 1 yang menarik perhatian pengunjung. – AP
    Model ini akan memberikan pengalaman pemanduan seperti memandu sebuah jentera F1. – AP
    Bahagian tepi Ferrari Monza SP 1. – AP

    Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Produk, jentera sukan Monza SP akan memberikan pengalaman pemanduan yang paling hampir dengan F1 dan ia dilengkapi dengan enjin yang paling berkuasa dalam sejarah Ferrari bagi kereta biasa.

    Enjinnya dilaporkan mampu mencapai 810 kuasa kuda dan boleh mencecah 100 kmj dalam tempoh 2.9 saat dan 200 kmj sejam dalam 7.9 saat.

    Siri Icona akan kekal menjadi sebahagian daripada perniagaan yang eksklusif iaitu di bawah lima peratus penghantaran sementara siri istimewa yang lain dalam model hibrid pertama iaitu LaFerrari akan termasuk di dalam lima peratus penjualan.

    Jentera sukan tradisi akan merekodkan separuh daripada penjualan dan segmen Gran Turismo yang serba boleh termasuk Purosangue pula adalah 40 peratus daripada penjualan.

    Purosangue dijangka akan menyerlah dalam pasaran China namun belum akan dilancarkan.

    Ferrari merancang bahawa 60 peratus daripada penghasilan keretanya akan memiliki enjin hibrid menjelang 2022 di mana ia akan memberi laluan kepada syarikat untuk mencapai 10,000 unit kap pengeluar kereta kecil yang termasuk pengeluaran break.

    Dengan pendedahan rancangan jangka panjang Ferrari untuk melebarkan sayap dalam profil mewah, pelanggan siri Monza SP akan menerima baju lumba kereta jenama mewah dari Itali, Loro Piana yang juga akan membantu melindungi pemandu daripada beberapa elemen. Manakala pengeluar jenama kulit, Berluti menghasilkan kombo topi keledar dan gogal serta kasut lumba untuk pemandu Monza.

    Marchionne menyimpan impian sejak sekian lama untuk mengubah Ferrari menjadi syarikat barangan mewah iaitu melangkaui sebuah syarikat kereta. Namun, menurut Camilleri, rancangan untuk perubahan itu belum lagi berlaku tetapi kerjasama Loro Piana dan Berluti memberi bayangan mengenai strategi masa depan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda