Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ferrari dominasi GP Hungary

    BUDAPEST, 31 Julai – Sebastian Vettel meningkatkan lagi kelebihannya dalam kejuaraan pemandu kepada 14 mata apabila dia mendahului Kimi Raikkonen dalam kemenangan satu-dua Ferrari di Grand Prix (GP) Hungary.

    Dalam perlumbaan ke-50 untuk Ferrari, juara empat kali itu menguasai persaingan dari awal untuk meraih kemenangan pertama dalam lima perlumbaan sejak GP Monaco.

    Pesaing gelaran terdekatnya Lewis Hamilton dari Mercedes menamatkan di kedudukan keempat, selepas memberikan penamat podium kembali kepada rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di pusingan akhir susulan pertukaran lewat yang membolehkan warga Britain itu cuba memintas dua Ferrari.

    Atas arahan pasukan, Bottas membiarkan Hamilton melepasinya pada pusingan ke-47 untuk melancarkan serangan ke atas dua Ferrari, dengan berjanji dia akan mengembalikan kedudukan ketiga kepada Bottas jika dia gagal memintas salah sebuah Ferrari.

    Pemandu Belanda, Max Verstappen menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima bagi Red Bull selepas terselamat dari perlanggaran di pusingan pertam dengan rakan sepasukan Daniel Ricciardo, yang menyaksikan pemandu Australia itu terpaksa menarik diri, menyebabkan Kereta Keselamatan digunakan.

    Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengucup trofi kejuaraan selepas memenangi GP Hungary. – AP
    Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengucup trofi kejuaraan selepas memenangi GP Hungary. – AP

    Juara dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso berada di kedudukan keenam dan merekodkan pusingan terpantas bagi McLaren-Honda selepas pemanduan yang menarik.

    Ia adalah kemenangan satu-dua Ferrari di Hungary sejak 2004, ketika juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher menang di depan Rubens Barrichello, kali terakhir pemenang Hungary memenangi gelaran pemandu.

    Bottas, yang diberikan sorakan berkata: “Saya sedikit bimbang ketika jurang bertambah, tetapi sangat berterima kasih kepada Lewis mengotakan janjinya dan membenarkan saya memintasnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda