GENEVA, 17 Jan – Nestle semalam bersetuju untuk menjual perniagaan coklat Amerika Syarikat kepada Ferrero dari Itali dengan nilai AS$2.8 bilion tunai di mana gergasi makanan Swiss cuba untuk menyusun semula portfolio produk.
Ferrero yang terkenal dengan jenama Tic Tac, Nutella dan Ferrero Rocher tetapi secara tradisinya lebih memilih kepada pertumbuhan organik untuk pemerolehan akan mengambil Crunch, Butterfinger dan Baby Ruth dari Nestle.
Penjualan ini akan menjadikan Ferrero syarikat coklat terbesar di pasaran Amerika Syarikat.
Menurut laporan media, Ferrero sedang bersaing dengan pengeluar coklat terbesar, Hershey dan dana peribadi termasuk Rhone Capital, untuk mencapai perjanjian ini.
Pengerusi eksekutif, Giovanni Ferrero berkata selepas pemerolehan yang dilakukan oleh Ferrero Group itu, ia akan menjadi skala lebih besar, menawarkan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan di Amerika Syarikat, pasaran coklat terbesar dalam dunia.
Ketua Eksekutif Nestle, Mark Schneider berkata perjanjian ini akan membolehkan Nestle untuk melabur dan membuat pembaharuan seluruh kategori yang mereka lihat sebagai pertumbuhan masa depan dan memegang kedudukan kepimpinan seperti penjagaan binatang, botol air, kopi, makanan sejuk dan makanan kanak-kanak.
Nestle telah memulakan penyusunan semula sejak Schneider yang dulunya mengetuai kumpulan penjagaan kesihatan Jerman, Fresenius mengambil alih firma Swiss itu pada permulaan tahun lepas.
Ia telah meningkatkan syarikat yang menghasilkan makanan vegetarian, vitamin dan kopi mewah.
Penjualan coklat Amerika Syarikat telah merekodkan penjualan 900 juta Swiss francs pada 2016, dalam pasaran ia bernilai lebih AS$8 bilion, menurut Ibis World.
Angka itu hanya mewakili tiga peratus daripada kesemua penjualan di Amerika Syarikat, menurut Nestle.
Syarikat itu juga menambah bahawa ia akan kekal komited dalam membangunkan aktiviti penjualan coklat di seluruh dunia, secara khususnya jenama global seperti KitKat.
Perniagaan keluarga Ferrero kini memiliki 22 tapak penghasilan dan 30,000 pekerja.
Dalam 10 tahun, syarikat telah meningkat dua kali ganda kepada lebih 10 bilion euro. – AFP