YANGON, 13 APRIL – Myanmar yang biasanya menyambut festival air tahun baharu dengan penuh meriah, kini diraikan dalam keadaan sunyi sepi dan boikot hari ini, ketika pertikaian dengan tentera dan penentang rampasan kuasa semakin bergolak di seluruh negara itu.
Festival air Thingyan – sebahagian daripada upacara pembersihan untuk menyambut tahun baharu Buddha – biasanya disambut dengan riuh rendah ketika orang ramai terlibat dalam perlawanan tempur air jalanan skala besar.
Namun jalan raya besar di tengah Yangon kelihatan sepi hari ini, tanpa ada tanda-tanda perayaan festival, kata koresponden AFP.
Pasukan keselamatan juga dilihat mengawal di Sule Pagoda Yangon, mengadakan sekatan menghalang jalan ke pentas tempat selebriti membuat persembahan lagu tradisional dan penari koreografer. – AFP
