Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival beli-belah dalam talian

    BEIJING, 23 APRIL – China akan melancarkan festival beli-belah dalam talian dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan selepas pertumbuhan ekonomi mencatat penguncupan 6.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama, lapor agensi berita Xinhua.

    Festival kali kedua itu, merupakan langkah terbaru untuk memperluas penggunaan domestik dan menangani kesan COVID-19 terhadap ekonomi China, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan. Lebih 100 syarikat e-dagang akan mengambil bahagian, menjual pelbagai produk berkualiti termasuk hasil pertanian dan barangan elektronik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda