Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Berambih meriahkan malam hujung minggu

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 NOV – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Perumahan Negara (PN) Kampung Panaga A dengan kerjasama Pejabat Daerah Belait telah menganjurkan Festival Berambih Ke Belait yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 November bertempat di Balai Raya Kampung Pandan.

    Acara tersebut dianjurkan untuk memeriahkan malam hujung minggu dengan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.

    Semasa festival itu, sebanyak 51 petak jualan didirikan di sekitar tempat letak kereta di kawasan itu oleh usahawan dan peniaga tempatan. Selain itu, para pengunjung juga turut dihiburkan oleh lagu irama daripada anggota live band Forzart dan Reunions.

    Ketua Kampung PN Kampung Panaga A yang juga pengerusi acara, Muhammad Nurzairie bin Abdullah Peter, turut mengetengahkan aktiviti lain sebagai sebahagian daripada festival itu, antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan solo gitar dan pertandingan kostum adiwira.

    “Kami berharap acara yang berlangsung itu akan memeriahkan malam hujung minggu sebagai sebahagian daripada inisiatif Kenali Negara Kitani khususnya di kawasan tersebut,” tambahnya.

    Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman. Turut hadir penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari kawasan sekitar, serta ahli jawatankuasa majlis berkenaan.

    Tetamu kehormat mengunjungi gerai yang didirikan semasa festival tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang hadir pada festival berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda