Sunday, December 1, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival BMW litar Thailand beri pengalaman mengujakan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Brunei QAF Auto, pengimport tunggal BMW di Brunei, baru-baru ini telah menyediakan pengalaman memandu yang tiada tandingan di Festival M Drive BMW yang diadakan di Bira Circuit yang terkenal di Pattaya, Thailand.

    Acara eksklusif selama tiga hari yang berlangsung bulan lalu, mengumpulkan sekumpulan peminat BMW M serta keluarga mereka untuk perjalanan menarik dengan kemewahan, dan inovasi BMW M.

    Berkata mengenai dengan acara berkenaan, Alisa Khoo, Pengurus Besar QAF Auto menyatakan, “Saya amat gembira mendengar bahawa pelanggan berpuas hati dengan penyusunan acara. Festival ini memberikan pelanggan kami untuk melalui prestasi dan menikmati spektrum penuh yang ditawarkan oleh BMW M.”

    Festival M Drive BMW direka untuk memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman sekali seumur hidup untuk menguji kenderaan BMW yang paling berkuasa dan ikonik di salah satu litar paling mencabar di Thailand itu.

    Para tetamu berpeluang merasai kuasa model BMW M terkini, termasuk BMW M4 xDrive, BMW M3 Competition Touring, BMW M3 CS, dan BMW M2 Coupé. Pemanduan di litar berkenaan memberikan pemandu untuk merasakan sepenuhnya dan melibatkan diri dengan kemampuan prestasi tinggi pada selekoh trek lumba.

    Selain di trek lumba, festival ini juga menampilkan pemanduan dengan pemandangan yang menakjubkan melalui lanskap Pattaya dengan BMW i5 M60 xDrive yang sepenuhnya elektrik, serta BMW XM, menonjolkan kemajuan terkini BMW dalam mobiliti elektrik. Pemanduan ini tidak hanya menekankan komitmen jenama terhadap prestasi lestari tetapi juga menawarkan pandangan ke masa depan pemanduan.

    Festival M Drive BMW itu berfungsi sebagai platform bagi QAF Auto untuk menglibatkan pelanggan mereka dengan lebih mendalam. Dengan menawarkan pengalaman eksklusif yang disesuaikan, BMW Brunei tidak hanya menunjukkan penghargaan terhadap sokongan berterusan pelanggan tetapi juga mengukuhkan rasa komuniti di kalangan pemilik BMW di samping mengukuhkan kesetiaan pada jenama BMW.

    Salah seorang peserta, Pg Mohd Mayrodeen, yang berjaya menyertai setelah melalui kempen cabutan bertuah Ramadhan dan Raya BMW awal tahun ini, berkata, “Acara ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, terutamanya kerana ini adalah kali pertama saya mengunjungi Thailand. Puncak acara bagi saya adalah Bira Circuit, di mana saya dapat menyaksikan aksi dari dekat dan mengagumi barisan model BMW M yang mengagumkan. Kegemaran saya adalah M3 CS, dengan enjin M TwinPower Turbo berprestasi tinggi dan reka bentuk yang tersendiri, ia sungguh mendebarkan untuk melihat kereta ini beraksi.”

    Sementara peserta lain, Mr Chong Nyuk Kaw menyatakan, “Pemanduan di litar adalah puncak acara bagi saya. Bukan setiap hari kita dapat memandu di litar perlumbaan, dan M3 CS benar-benar menonjol dengan casisnya yang dipertingkatkan, menjadikannya sempurna untuk pemanduan di litar.”

      Suasana sekitar festival berkenaan. – GAMBAR SERAHAN QAF AUTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda