Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Filem Jepun kembali dari 17 Sept-15 Okt

    Festival Filem Jepun (JFF) tahunan di Malaysia akan kembali berlangsung dari 17 September hingga 15 Oktober, menampilkan 16 filem Jepun dengan pelbagai genre seperti animasi, komedi, thriller, romantik dan drama berkonsepkan keluarga.

    Dianjurkan oleh Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL) dan dengan GSC sebagai tempat rasmi, edisi ke-19 festival filem itu merangkumi filem thriller situasi Manhole.

    Menurut GSC, tiket untuk tajuk-tajuk JFF 2023 boleh didapati pada harga RM10 setiap tiket, kecuali untuk filem Manhole (mengikut harga tiket GSC semasa) dan akan dijual seminggu sebelum tarikh tayangan di kawasan masing-masing.

    Tayangan umum dijadualkan di empat kawasan di tujuh pawagam GSC terpilih – Lembah Klang (Mid Valley, 1 Utama, dan Nu Sentral), Johor Bahru (Paradigm JB), Pulau Pinang (Gurney Plaza), Kuching (CityONE Megamall) dan Kota Kinabalu (Suria Sabah).

    “Untuk mendapatkan tempat duduk mereka, penonton boleh membeli tiket dalam talian melalui laman web GSC, aplikasi mudah alih, atau kios tiket di pawagam,” kata GSC di laman webnya.

    Selain itu, program istimewa Maraton Detective Conan dan Your Lovely Smile akan ditawarkan secara percuma di pawagam terpilih.

    Sila layari laman Facebook JFKL untuk maklumat lanjut. – Bernama

    JFF tahunan di Malaysia akan kembali dengan 16 filem Jepun pelbagai genre. – Nolisoli.ph
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda