Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Festival Hari Belia ke-4 telah dirasmikan pembukaannya hari ini oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku tetamu kehormat.
Festival merupakan plat-form khusus bagi para belia untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selain mengumpulkan para belia untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan sama ada anjuran persatuan-persatuan belia, kelab mahupun syarikat bagi mendedahkan mereka kepada perkara yang bermanfaat.
Ia mengetengahkan 71 usahawan belia tempatan yang mengusahakan perusahaan kecil dan sederhana.
