Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Kanak-kanak ASEAN di Vietnam

    HANOI, 30 Mei – Festival Kanak-kanak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sedang diadakan di ibu negara Vietnam Hanoi, dengan penyertaan sembilan delegasi kanak-kanak dari negara-negara ASEAN dan juga dari China dan Korea Selatan.

    Edisi kedua festival yang bertemakan ‘A Journey of Discovery’ itu menarik penyertaan kanak-kanak China dan Korea Selatan buat kali pertama, lapor akhbar tempatan Ha Noi Moi (New Hanoi) hari ini.

    Festival tersebut menampilkan beberapa persembahan seni kanak-kanak dan aktiviti kebudayaan lain yang mengambil bahagian dalam festival itu, Ha Noi Moi melaporkan.

    Kemuncak perayaan tahun ini adalah pembukaan seni gala pada petang Khamis, disiarkan secara langsung di televisyen kebangsaan Vietnam, di mana kanak-kanak akan menyanyi bersama-sama dalam ‘A Song Of Peace.’ Festival tersebut akan berterusan sehingga Ahad. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda