Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Festival Korea 2022 buka tirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Festival Korea 2022 membuka tirainya hari ini di Pusat Membeli-Belah Times Square di mana ia akan berlangsung selama tiga hari.

    Dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam dan Pusat Membeli-Belah Times Square, festival tersebut turut diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi kunjungan orang ramai.

    Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kelas memasak, Hanbok, petak gambar dan pakaian tradisional Korea, pertunjukan tekwando, kuiz dan permainan yang dibukakan kepada semua pengunjung yang hadir.

    Di samping itu, beberapa petak pameran turut disertai oleh pelbagai pihak antaranya Ceragem, Choi’s Topokki, Freme Travel Services, Grand Motors, Intracorp, Antara Travel, Meet U All, Pan Bright Travel, dan Setia Motors.

    Cabutan bertuah turut diadakan dengan pelbagai hadiah ditawarkan termasuk tiket pergi dan balik ke Korea yang akan diumumkan pada hari terakhir.

    Antara persembahan tarian yang memeriahkan malam pertama festival.
    Petak pameran turut diadakan sepanjang acara tiga hari berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...