Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Festival menyelam Labuan tonjol kekayaan ekosistem marin, potensi pelancongan

    LABUAN, 30 JUN – Festival Menyelam Labuan 2.0 yang berakhir hari ini memperlihatkan terumbu karang yang sihat di sekitar perairan Labuan sekali gus menandakan trend positif terhadap kehidupan marin dan pelancongan.

    Presiden Kelab Menyelam Labuan, Teoh Ming Woei melahirkan rasa puas hati terhadap kejayaan festival berkenaan dalam meneroka biodiversiti marin dan menonjolkan kepentingan pemuliharaan yang berterusan.

    “Penganjuran tahun ini berjaya ia membolehkan kita menyelami kepelbagaian hidupan marin, dengan terumbu karang yang sihat dan membiak baik di sekitar perairan,” katanya selepas menyampaikan sijil kepada 22 penyelam dari Malaysia dan luar negara di Pulau Rusukan Besar hari ini.

    Festival Menyelam Labuan 2.0 yang mempamerkan kekayaan warisan hidupan laut Labuan berlangsung tiga hari bermula Jumaat.

    Dianjurkan bersama Kelab Menyelam Labuan dan Labuan Rusukan Besar Resort, festival berkenaan menghimpunkan penyelam dari seluruh dunia.

    Festival terbabit menampilkan ekspedisi menyelam ke empat bangkai kapal karam terkenal yang menjadi tukun hidupan laut iaitu American Wreck, Australian Wreck, Cement Wreck dan Blue Water Wreck, selain terumbu karang sekitar Pulau Rusukan Besar. – Bernama

    Ahli Kelab Menyelam Labuan, bersama penyelam dari seluruh negara bergambar ramai di Pulau Rusukan Besar pada 28 Jun. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...