Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Muzik Country Bay gegar Miami 11-12 November

    Miami, yang selama ini dikenali sebagai pusat muzik Latin, hip hop dan elektronik, kini turut memperkenalkan genre muzik country.

    Tiket untuk Festival Muzik Country Bay telah pun dijual baru-baru ini. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 11-12 November di Stadion Marin Miami yang bersejarah, di tenggara bandaraya Virginia Key di Biscayne Bay.

    Pihak penganjur, Tony Albelo dalam kenyataannya menyatakan, “Dengan barisan artis muzik country yang terbaik dan tempat yang cantik dengan pemandangan waterfront yang mempunyai sejarah panjang pertunjukan muzik country yang ikonik, termasuk Jimmy Buffet dan Kenny Rogers, kami yakin Festival Muzik Country Bay akan menjadi acara wajib yang akan dihadiri setiap tahun.”

    Beberapa artis terkenal yang akan memeriahkan Festival Muzik Country Bay ialah Thomas Rhett, Sam Hunt, Chris Young, Lee Brice dan Lainey Wilson. Selain itu, artis-artis lain yang akan turut serta dalam festival ini adalah Randy Houser, Chris Lane, LOCASH, Elle King, Restless Road, Blanco Brown, Josh Ross, Hailey Whitters, David J, Kat & Alex dan Neon Union.

    Selain menjadi tuan rumah bagi salah satu acara muzik country terbesar yang pernah diadakan di Miami, Festival ini akan turut menyediakan bar berkonsepkan country, permainan, makanan, line dancing, lembu mekanikal dan sebuah roda Ferris gergasi.

    Festival itu juga memberi peluang kepada peminat muzik untuk menghadiri acara tersebut dengan bot atau kapal layar dengan membeli pas masuk tempat berlabuh. – AP

    Gambar fail bertarikh 2 November 2022 menunjukkan penyanyi dan penulis lagu country, Lainey Wilson. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda