Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival perlawanan kerbau Vietnam diteruskan

    DO SON, Vietnam, 29 Sept – Festival kerbau tahunan Vietnam diteruskan hari ini meski terdapat permintaan untuk menghentikan acara tradisi itu disebabkan kekejaman yang terdapat di dalamnya.

    Kejohanan itu dihentikan seketika tiga bulan lepas selepas seekor kerbau membunuh tuannya dalam gelanggang pertempuran. Ia adalah kematian manusia pertama, meskipun kerbau-kerbau telah mati dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya.

    Lebih banyak langkah-langkah keselamatan, termasuk pagar-pagar yang dikukuhkan dan ujian-ujian perangsang terhadap kerbau-kerbau, telah dikenakan sejak itu.

    Kelmarin, kira-kira 20,000 orang membanjiri sebuah stadium di bandar peranginan Do Son di Hai Phong untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan akhir, di mana 16 ekor kerbau berkumpul untuk bertarung di antara satu sama yang lain.

    Saya sangat gembira dan bangga,” kata Luu Dinh Toi, pemilik kerbau yang menjadi juara.

    Suasana ketika festival berkenaan berlangsung baru-baru ini. – AP

    Kerbau-kerbau milik Toi turut serta dalam banyak festival, namun ini kali pertama dia menjadi pemenang.

    “Saya adalah orang yang memberikan makan kepada kerbau-kerbau saya dan menemaninya sepanjang tahun,” katanya. “Hari ini, kerbau saya menganugerahkan saya atas jagaan saya.”

    Mengikut tradisi, semua kerbau yang tewas akan disembelih selepas berakhirnya kejohanan itu. Kerbau yang menang akan dibunuh pada hari berikutnya sebagai penghormatan kepada tuhan.

    Saya sangat sedih kerbau saya akan disembelih esok,” kata Toi. “Saya berasa seperti kehilangan sesuatu, tapi itu adalah tradisi yang diturunkan oleh moyang-moyang kami dan saya tidak mempunyai pilihan.”

    Tragedi kematian pada awal Julai mencetuskan satu perdebatan hangat sama ada festival itu akan diteruskan atau tidak.

    Nguyen Tam Thanh daripada kumpulan kebajikan binatang Animal Asia di Vietnam berkata, kumpulannya menentang terhadap acara-acara di mana binatang-binatang dianiayai atau digunakan untuk menghiburkan orang.

    “Festival tahun ini sangat mengecewakan,” katanya. “Kumpulan kami berharap insiden maut itu akan menjadi satu amaran… namun malangnya, festival itu tetap diteruskan dan idea-idea komuniti tidak dihormati.”

    Perlawanan kerbau dihentikan seketika ketika Perang Vietnam dan diteruskan dalam lewat tahun 1980an. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda