Wednesday, May 21, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival S’Art Urban Art jadi tarikan pelancong di Battambang

    KEMBOJA – Festival S’Art Urban Art kini semakin dikenali sebagai sebuah acara penting bagi bandar utama wilayah Battambang, merapatkan jurang antara warisan seni yang kaya dengan identiti moden yang dinamik.

    Edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 8 November depan. Acara itu bukan sekadar pameran seni, tetapi satu gerakan budaya yang mengubah cara masyarakat hidup dan menghargai budaya Kemboja.

    Dianjurkan oleh Phare Ponleu Selpak dengan kerjasama TUI Care Foundation, festival dwitahunan ini meraikan seni bandar melalui mural berskala besar, persembahan langsung, pameran, bengkel serta perarakan seni ikonik yang merentasi bandar warisan Battambang.

    Tema tahun ini, Budaya Berwarna-warni, memperluas misi festival untuk memupuk dialog budaya dan keterangkuman dengan menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa bagi mencetuskan perbualan global melalui seni.

    Pengarah Eksekutif Phare Ponleu Selpak, Osman Khawaja, menekankan peranan penting festival dalam mengubah ruang awam menjadi pentas ekspresi budaya.

    Warga tempatan membawa tanglung terapung semasa Festival S’Art Urban Art. – ANN/The Phnom Pehn Post
    Antara tanglung terapung yang diarak oleh warga tempatan semasa Festival S’Art Urban Art. – ANN/The Phnom Pehn Post
    Persembahan tarian semasa Festival S’Art Urban Art. –ANN/The Phnom Pehn Post
    Lukisan mural semasa festival di Battambang, Kemboja. –ANN/ The Phnom Pehn Post
    Warga tempatan memakai baju traditional sambil menunggang motor semasa Festival S’Art Urban Art. –The Phnom Pehn Post
    Persembahan tarian semasa Festival S’Art Urban Art, Battambang, Cambodia. –The Phnom Pehn Post

    “Festival S’Art memberi kuasa kepada artis untuk menuntut semula ruang awam dan menjadikan kawasan warisan ini sebagai kanvas ekspresi budaya, yang seterusnya menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong,” katanya kepada The Phnom Pehn Post.

    Perubahan ini jelas kelihatan melalui mural yang menghiasi bandar dan bukan sahaja bertujuan untuk mencantikkan Battambang, malah mencipta lokasi ‘Instagramable’ yang menarik lebih ramai pengunjung untuk meneroka keunikan bandar tersebut.

    Lebih daripada sekadar mural, festival ini membuka peluang untuk merasai Kemboja dari perspektif baharu di luar imej kuil dan sejarah hitam era Khmer Rouge.

    “Festival S’Art memberikan peluang kepada pengunjung untuk memahami identiti budaya Kemboja yang sedang berkembang,” kata Khawaja.

    Tambahnya, “Festival itu menjadi platform dialog bermakna, kolaborasi dan perkongsian kisah-kisah pelbagai, menjadikannya pengalaman yang inklusif untuk semua.”

    Festival ini juga memainkan peranan penting dalam menarik pasaran pelancongan global ke Battambang. Dengan menjemput artis serantau dan antarabangsa, bandar ini kini muncul sebagai destinasi pelancongan budaya lestari.

    Kehadiran pelancong bukan sahaja memperkayakan suasana budaya, malah merangsang ekonomi tempatan dengan menyokong perniagaan kecil.

    Komitmen Phare Ponleu Selpak terhadap Battambang tidak terhenti pada festival ini sahaja. Dengan giliran tahunan antara Festival S’Art Urban Art dan Festival Sirkus Antarabangsa TiniTinou, mereka berusaha untuk menjadikan Battambang sebagai destinasi utama pelancongan budaya.

    “Matlamat kami adalah agar festival-festival ini menjadi sebab utama pelancong antarabangsa menempah penerbangan ke Kemboja,” ujar Khawaja.

    “Kami mahu menonjolkan kepelbagaian dan bakat rakyat Kemboja, serta menawarkan sesuatu yang lebih daripada pengalaman pelancongan konvensional,” katanya lagi.

    Mural-mural daripada festival ini bukan sahaja mencantikkan bandar, malah sejajar dengan trend lokasi bergambar menarik, ia turut menyumbang kepada peningkatan pengunjung dan perniagaan tempatan.

    Setia dengan misinya memperkasakan masyarakat melalui seni, Phare Ponleu Selpak terus menyokong bakat muda Kemboja melalui pendidikan dan peluang.

    Untuk menyokong usaha itu, TUI Care Foundation telah memperkukuh komitmen mereka dengan menaja biasiswa kepada 25 pelajar di Phare Ponleu Selpak serta membantu menaik taraf ruang latihan persembahan mereka.

    Biasiswa ini menyokong belia Kemboja untuk mengikuti latihan profesional dalam seni visual, muzik, tarian dan teater.

    “Kami amat berbangga melancarkan Festival S’Art Urban Art dengan sokongan hebat daripada TUI Care Foundation dan rakan-rakan kami,” kata Khawaja.

    Dengan penganjuran edisi 2025 yang bakal tiba, Battambang bersedia untuk terus menjadi mercu budaya yang menggabungkan tradisi dan kemodenan, serta menawarkan destinasi inspirasi kepada pelancong yang mencari pengalaman kreatif dan autentik di Kemboja. – ANN/The Phnom Pehn Post

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/