Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival Sayangi Lahad Datu dipuji

    LAHAD DATU, 30 Sept – Penganjuran Festival Sayangi Lahad Datu @ Silam mampu dijadikan acara tahunan untuk dimasukkan dalam kalendar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

    Menteri di kementerian itu Mohamaddin Ketapi berkata ia sejajar dengan usaha untuk pembangunan pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan di daerah ini.

    Pada masa sama, katanya, penganjuran festival ini dapat merancakkan agenda penjanaan ekonomi negeri ini khususnya daerah Lahad Datu.

    “Festival ini dapat menarik kehadiran pelancong dan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni budaya dan pelancongan mengenegahkan produk seni budaya.

    “Ia juga dapat menambah pendapatan penggiat seni dan juga komuniti setempat. Ini secara langsung menyumbang kepada inisiatif pengkomersialan budaya serta sumbangan ekonomi kepada industri kreatif negara,” katanya pada majlis perasmian festival itu di Kompleks Sukan Lahad Datu di sini, Sabtu malam.

    Festival kali pertama dianjurkan pada tahun ini dirasmikan oleh Menteri Pembanguan Infrastrukur negeri Datuk Peter Anthony mewakili Ketua Menteri Sabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda