Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Festival sukan untuk murid sekolah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 9 NOV – Seramai 540 orang murid dari 57 buah sekolah rendah di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam Festival Kids Athletics Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2022 yang berlangsung selama tiga hari berasingan.

    Pada 5 dan 7 November lalu, ia berlangsung di Kompleks Sukan Berakas dan pada hari ini di Kompleks Sukan Tutong di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Kluster 5, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Abdul Wafi Sia bin Abdullah Sia.

    Festival bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti sukan yang sesuai dengan keperluan fizikal dan pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak di samping mempromosikan gaya hidup yang seimbang dan sihat serta menggalakkan aspek keseronokan dalam permainan.

    Enam bidang olahraga telah dipertandingkan yang digelar A Team Event for Children, melalui tiga kumpulan acara iaitu Sprinting or Running Event Group, Jumping Event Group dan Throwing Event Group.

    Pegawai Pelajaran, Awang Hafizan bin Hisham selaku Pegawai Projek Festival Kids Athletics Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2022 ketika ditemui pada acara tersebut mengongsikan bahawa hari pertama festival adalah bagi Kluster 1 dan 2 manakala hari kedua adalah bagi Kluster 3 dan 4.

    Manakala itu, acara pada hari ini diadakan bagi Kluster 5 dan 6, tambah beliau. Beliau selanjutnya berharap agar acara seumpamanya akan dapat diperluaskan dan diperkembangkan lagi di semua peringkat sekolah memandangkan ia merupakan langkah pertama yang hanya melibatkan murid-murid di peringkat sekolah rendah.

    Para peserta dan kakitangan bergambar ramai semasa acara berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...