Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival tahunan Lim Ko Niao pupuk perpaduan pelbagai budaya

    PATTANI, 12 FEB – Festival tahunan Chao Mae Lim Ko Niao terus menjadi simbol perpaduan di Pattani, iaitu sebuah wilayah majoriti Muslim di selatan Thailand, memupuk keharmonian serta identiti masyarakat berbilang kaum.

    Setiap tahun, orang ramai berhimpun di Kuil Leng Chu Kiang bagi meraikan perayaan ini, yang secara tradisinya berlangsung pada hari ke-14 dalam kalendar Lunar.

    Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Anutin Charnvirakul, yang turut menghadiri festival itu memuji Pattani sebagai sebuah wilayah yang kaya dengan warisan kerohanian.

    “Pattani adalah sebuah wilayah yang aman dan harmoni, mencerminkan perpaduan serta penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan kepercayaan,” kata Setiausaha kepada Menteri Dalam Negeri merangkap Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Traisulee Traisoranakul kelmarin Traisulee berkata festival tersebut adalah tradisi turun-temurun dalam komuniti Thai-Cina di Pattani yang terus diwarisi sejak beberapa generasi.

    Sementara itu, Fatimah Abdullah, 40, seorang guru sekolah dari Pattani meluahkan keterujaannya apabila berpeluang menyaksikan festival itu buat kali pertama.

    “Saya sangat gembira dan teruja dapat menyaksikan sambutan ini bersama komuniti Cina.

    Acara seperti ini membantu kita memahami kepercayaan, budaya dan cara hidup masyarakat lain,” katanya.

    Bagi Arif Wae Salae, 36, Pattani merupakan contoh terbaik keharmonian budaya dan agama, yang boleh dijadikan model oleh wilayah lain. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda