Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Festival tanglung tradisi musim panas di Philadelphia

    PHILADELPHIA – Apa yang bermula sebagai acara musim panas yang baharu pada 2016 telah berkembang menjadi tradisi musim panas yang dihargai untuk Philadelphia. Kini dalam tahun kelapan, Festival Tanglung Cina Philadelphia di Dataran Franklin telah menjadi acara penting bermusim untuk penduduk tempatan dan pelancong.

    Tahun ini, festival itu sekali lagi telah mengubah dataran bersejarah itu menjadi alam ajaib yang berwarna-warni.

    Lebih daripada seribu tanglung buatan tangan menggambarkan pemandangan yang indah daripada hutan mempesonakan kepada dunia di bawah permukaan air. Di bahagian tengah, seekor naga sepanjang 61 meter, telah menjadi simbol ikonik musim panas di bandar berkenaan.

    “Ia sudah pasti menjadi tradisi musim panas Philly. Orang ramai benar-benar telah menjangkakannya,” kata Amy Needle, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Philadelphia Bersejarah, penganjur acara.

    “Kami mempunyai orang yang kembali setiap tahun. Mereka tahu bahawa setiap tahun tanglung semuanya baharu.”

    Pelawat berjalan menerusi terowong bercahaya di Festival Tanglung Cina Philadelphia. – AP
    Seorang kanak-kanak melihat pameran di Festival Tanglung Cina di Philadelphia. – AP
    Pemandangan di bawah permukaan air dipamerkan sebagai sebahagian daripada Festival Tanglung Cina. – AP
    Cicak kuning dipamerkan semasa festival tanglung berkenaan. – AP
    Seorang kanak-kanak berlari di bawah sotong yang dipamerkan di Festival Tanglung Philadelphia. – AP

    Daya tarikan festival ini merentasi generasi dan budaya, menarik ramai orang yang datang untuk menghayati pameran tanglung yang menarik.

    “Malam ini, ia adalah malam yang indah. Hanya melihat orang dari pelbagai lapisan masyarakat keluar, hanya budaya yang berbeza, sama ada awda penduduk Asia, berkulit hitam, putih… semua orang berada di sini untuk meraikannya,” kata Tamea Butler, pelawat dari Nashville, Tennessee.

    Sesetengah peserta, seperti penghuni Philadelphia, Jamie Lenegan, datang berpakaian dalam pakaian tradisional Cina untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam acara itu.

    “Kami suka berdandan dan mengenakan pakaian cantik kerana kami mahu mengalami sendiri keistimewaan budaya kami. Kami benar-benar mahu menikmati dan menghayati setiap saat,” kata Lenegan, yang mengunjungi festival itu buat kali pertama bersama rakan-rakan.

    Manakala bagi yang lain, keindahan pemandangan merupakan tarikan utama.

    “Semua warna dan lampu yang berwarna-warni, awda tidak akan puas melihatnya. Ia terang-benderang dan cantik,” kata James Rohmann, yang mengadakan lawatan sehari ke bandar itu bersama anaknya.

    Secara tradisinya, Pesta Tanglung menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baharu Cina.

    Bagaimanapun, penganjur memindahkan acara itu ke musim panas untuk mengelakkan cuaca musim sejuk yang tidak dapat diramalkan. Pesta Tanglung Cina Philadelphia berlangsung sehingga 31 Ogos. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Dari sawah ke kanvas: Petani Vietnam hidupkan semula seni lukisan kampung

    HANOI - Komun Hai Anh di wilayah Ninh Binh...

    Korea buka galeri pertama khas bagi seni Islam

    SEOUL, 21 NOV - Muzium Kebangsaan Korea akan membuka...

    SHENA, ILO komited perkukuh sistem OSH

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV...

    Guangxi: Sebutir zamrud di Selatan China

    Oleh Rohani Mohd Ibrahim - BEIJING - Terletak di selatan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...