Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fesyen berinspirasikan Pompeii

    MILAN – Fausto Puglisi menawarkan jelajah agung Pompeii dalam koleksi terbaharunya untuk Roberto Cavalli yang dipersembahkan baru-baru ini semasa Minggu Fesyen Milan.

    Penampilan pembukaan dengan baldu devore berwarna menyala yang beralih kepada perak dan emas dengan indah menggambarkan kemusnahan yang dibawa oleh Vesuvius ketika hujan abu gunung berapi melanda kota purba itu pada tahun 79 Masihi.

    Fresko bunga terkenal kota itu muncul pada tunik bahu-terbuka sutera dan gaun mini baldu, manakala himpunan busana lain dicetak dengan corak marmar yang pudar.

    “Saya percaya ia adalah tempat ajaib,” kata Pengarah Kreatif jenama itu, Puglisi.

    “Melalui letusan itu segala-galanya musnah tetapi kami dapat merenung dan mengagumi keindahan empayar Rom di Pompeii,” tambahnya.

    Siluet itu terserlah dari denim unik dan blaus pelbagai corak yang dipakai pada siang hari kepada pakaian slip berkonsepkan corak haiwan digandingkan dengan bulu palsu yang sepadan dan gaun malam yang bercorak lava.

    Pakaian jalanan koleksi musim luruh-sejuk termasuk bulu palsu yang pelbagai, terdapat di mana-mana di pentas pertunjukan Milan musim ini dan kot kulit hitam mewah dengan warna kelabu, mungkin dari abu kota purba itu. – AP

    Para model memperagakan sebahagian daripada koleksi Pakaian Wanita Roberto Cavalli bagi Musim Luruh/Sejuk 2025-2026 yang dipersembahkan di Milan, Itali. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda