Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fesyen Black Panther inspirasi kurta Melayu

    FILEM terbaru Marvel, Black Panther, yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam meraih perhatian hebat daripada peminat kerana kelainan yang dibawakan filem itu.

    Bukan sahaja tampil dengan jalan cerita dan aksi menarik, tetapi filem lakonan Chadwick Boseman, Michael B Jordan dan Lupita Nyong’o ini mendapat perhatian kerana keunikan elemen budaya Afrika yang ditampilkan.

    Antara yang turut mencuri tumpuan adalah pakaian tradisi yang dikenakan watak utamanya, raja Wakanda iaitu T’Challa yang begitu menarik.

    Ia mula tular setelah filem ini ditayangkan di pawagam apabila ramai yang menjadikan pakaian tersebut sebagai inspirasi untuk fesyen untuk Hari Raya nanti.

    Fesyen yang ditampilkan dalam Black Panther semakin mendapat perhatian kerana ia memiliki persamaan dengan konsep pakaian kurta.

    Pakaian tersebut mendapat perhatian kerana dilihat seakan-akan kurta dan amat bersesuaian untuk dikenakan pada acara perayaan.

    Bukan sahaja di Malaysia, tetapi ia juga tular di kalangan peminat filem tersebut di Indonesia yang nyata tertarik dengan rekaan pakaian tersebut.

    Apabila menjadi tular dan diperkatakan secara berterusan, ia secara tidak langsung turut memberi publisiti kepada filem ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda