TOKYO – Pereka fesyen pengantin, Yumi Katsura, menganjurkan pertunjukan fesyen di Tokyo baru-baru ini, menampilkan kira-kira 70 helai pakaian baharu yang dihiasi dengan motif bunga ros jenamanya, menjelang ulang tahun ke-60 tahun kerjayanya mencipta pakaian pengantin.
Katsura membuka kedai khusus pengantin pertama Jepun di Tokyo pada tahun 1964 dan mengadakan pertunjukan pertamanya secara eksklusif untuk gaun pengantin pada tahun berikutnya. Dia telah menjadi tokoh terkemuka dalam industri sejak itu. Mawar, simbol untuk cinta dan kecantikan, telah sebati dalam reka bentuknya sejak awal kerjayanya, menampilkan sulaman, renda, cetakan dan bunga tiruan.
Pentas pertunjukan dimulakan dengan pakaian yang mempamerkan pakaian utama rekaannnya iaitu Yumi Line Katsura. Diperkenalkan pada tahun 1981, reka bentuk yang menampilkan sosok langsing yang dibezakan dengan bentuk labuhnya, telah diilhamkan oleh rekaan kimono. Pertunjukan itu juga menampilkan pakaian berkonsepkan renda secara keseluruhannya yang glamor dan dihiasi dengan tulle.
Kemudian, pakaian yang dihiasi dengan bunga mawar ditunjukkan di atas pentas pertunjukan, masing-masing berbeza dari segi bahan dan reka bentuk. Satu gaun putih tulen, dihiasi dengan bunga ros besar pada bahu dan skirt, manakala satu lagi direka dengan manik dan hiasan yang halus, di mana ia mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk dihasilkan.
Sementara itu, gaun malam berwarna kuning dengan renda sulaman halus membangkitkan imej padang berbunga.
Beberapa jenis sut yang memenuhi permintaan lelaki untuk menukar busana pakaian semasa majlis perkahwinan turut dipamerankan semasa pertunjukan itu. Antaranya, mempamerkan sut yang mempunyai banyak palet warna seperti merah jambu, kelabu dan coklat.
Bagi pakaian perkahwinan tradisional Jepun, antara yang menarik ialah uchikake – pakaian luar yang panjang – dihiasi dengan bunga putih tiga dimensi di bahagian belakang. Pentas pertunjukan itu dimeriahkan lagi oleh model yang muncul dalam ‘&brella,’ iaitu kenderaan yang mempunyai dua tempat duduk dan dihiasi dengan payung. Kenderaan yang dicipta oleh Toyota Motor Corp itu menambah sentuhan teater pada pertunjukan berkenaan.
Pentas pertunjukan kemudiannya diakhiri dengan gaun haute couture yang cantik dihiasi sepenuhnya dengan bunga ros diperbuat daripada kain sisa dengan mengambil kira persekitaran.
Apabila Katsura mula-mula membuka kedainya, hanya tiga peratus pengantin perempuan yang memakai gaun pengantin. Kini, mereka sudah dikenali di Jepun, dan dia menyokong kewujudan bersama gaya Jepun dan Barat.
“Pertunjukan hari ini adalah kesinambungan aktiviti kreatif harian saya,” kata pereka berusia 94 tahun itu.
“Tahun depan menandakan ulang tahun ke-60 aktiviti kreatif saya, jadi saya akan melakukan yang terbaik ke arah itu.” – ANN/The Yomiuri Shimbun