Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fico menang pilihan raya Slovakia

    BRATISLAVA, 1 OKT – Bekas Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico dan parti nasionalis berhaluan kiri, Sosial Demokratik memenangi pilihan raya parlimen negara itu, menurut keputusan awal, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Selepas hampir 99 peratus undi dikira, parti pembangkang SMER-SSD (Direction – Slovak Social Democracy) memperoleh 23.3 peratus undi, umum suruhanjaya itu hari ini.

    Keputusan itu membolehkan parti yang diterajui Fico mendahului pencabarnya dari parti Progresivne Slovensko (PS).

    PS yang berada di tempat kedua dengan 17 peratus, sebelum ini mendahului dalam tinjauan yang diadakan.

    Kira-kira 68 peratus pemilih keluar mengundi.

    Bagaimanapun, tidak mudah bagi SMER membentuk gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk menguasai Parlimen.

    Sebelum pilihan raya, Fico mengumumkan mahu menamatkan penghantaran senjata ke negara jiran Ukraine, keputusan yang tidak popular dalam kalangan pengundi. – Bernama

    Fico tiba di perhimpunan pilihan raya di Michalovce, Slovakia pada 6 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda