Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA 20 tampil mod baharu

    Oleh Haziman Yussop

    Permainan video yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh golongan lelaki kini telah dikeluarkan pada 27 September 2019, FIFA 20 menjadikan penungguan sangat berbaloi dengan diberikan tiga edisi keluaran terbaharu iaitu edisi Ultimate, Champion dan edisi Regular untuk Microsoft Windows, Playstation 4, Xbox One dan Nintendo Switch.

    Pemain sayap pasukan Real Madrid, Eden Hazard menjadi paparan hadapan untuk edisi Regular dan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menjadi paparan hadapan edisi Champion. Ultimate pula memberikan paparan muka Zinedine Zidane.

    Permainan video ini memberikan mod baharu iaitu Volta Football untuk pertama kali iaitu menumpukan permainan bola sepak jalanan (FIFA street) dan siri cerita FIFA street termasuk permainan bola sepak tradisional perlawanan 11 lawan 11.

    Ciri baharu

    Ciri baharu yang ditampilkan untuk para pemain iaitu dalam bahasa Portugal, Volta Football yang bermaksud ‘kembali’ dengan menumpukan kepada bola sepak jalanan, berbeza dengan permainan video Fifa sebelum ini yang hanya memberikan permainan tradisi iaitu 11 lawan 11. Secara simboliknya, EA Sports ingin membawa pemain permainan video ini dan pemain FIFA 20 kembali ke perlawanan bola sepak jalanan yang pernah melahirkan pemain bola sepak ternama seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Ronaldinho dan ramai lagi.

    Ia termasuk dengan beberapa pilihan dalam perlawanan tanpa penjaga gol iaitu tiga lawan tiga, empat lawan empat, lima lawan lima dan diikuti dengan peraturan-peraturan professional futsal. Lebih menarik lagi, pemain boleh menukar pemain bola dengan memilih jantina, pakaian, kasut dan lain-lain. Volta Football juga memberikan tiga siri jalan cerita dengan pemain bola yang dicipta oleh pemain sendiri.

    FIFA 20, permainan video yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan golongan lelaki.
    Antara mod-mod yang diberikan untuk pemain bermain dengan masa yang lebih lama.
    Antara lokasi bola sepak jalanan dan futsal.
    Beberapa latihan atau pelajaran sebelum memulakan perlawanan.

    Volta Football akan memberikan 17 lokasi yang berbeza dan setiapnya memberikan pengalaman yang unik termasuk permainan futsal di dalam gudang, tempat letak kereta dan perlawanan bola sepak di Amsterdam, Barcelona, Berlin, London, Los Angeles, Miami, Paris, Rome, Tokyo dan lain-lain.

    Edisi-edisi yang dikeluarkan hanya memberikan perbezaan dalam permainan online sahaja seperti edisi istimewa dalam pakaian jersi, anda boleh membuat pinjaman wang dengan lima pilihan untuk membeli pemain bola sepak yang anda inginkan untuk pasukan anda.

    FIFA 20, permainan video yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan golongan lelaki.
    Antara mod-mod yang diberikan untuk pemain bermain dengan masa yang lebih lama.
    Antara lokasi bola sepak jalanan dan futsal.
    Beberapa latihan atau pelajaran sebelum memulakan perlawanan.

    Ultimate Team

    Dalam mod Ultimate Team, ia akan memaparkan 88 pemain ikonik, termasuk 15 nama baharu yang dimasukkan ke dalam FIFA 20 iaitu Carlos Alberto, John Barnes, Didier Drogba, Kaká, Ian Rush, Zinedine Zidane dan sebagainya.

    Dua mod baharu juga, King of Hill dan Mystery Ball. Mystery Ball akan meningkatkan serangan dalam menghantar, menggelecek, menendang. Manakala King of Hill memperlihatkan pemain bola akan berlawan untuk posisi dalam zon yang berbeza dalam padang untuk meningkatkan jumlah gol yang lebih bernilai.

    Mod kerjaya

    Mengikut maklum balas daripada komuniti, terdapat beberapa pengemaskinian utama iaitu dalam permainan mod pengurus. Tambahan baharu termasuk persidangan wartawan dan perbualan dengan pemain bola.

    Selain itu, sifat-sifat pengurus, sama ada panas baran atau lembut juga akan memberikan kesan kepada pasukan bola sepak yang dilatihnya atau pemain-pemainnya.

    Perkembangan

    Permainan video ini akan memberikan 30 liga rasmi, 700 buah kelab dan 17,000 pemain bola sepak dan Liga 1 Roma, Kelab Arab Saudi, Al-Ain juga ditambah mengikut permintaan peminat di kawasan tersebut.

    Walau bagaimanapun Juventus tidak akan dipaparkan selepas menandatangani perjanjian rakan kongsi dengan efootball PESS 2020 dan ia hanya akan dikenali sebagai kelab Piemonte Calcio.

    Manakala 90 buah stadium telah disediakan daripada 14 buah negara termasuk 29 buah stadium generik. Stadium baharu di Sepanyol, Stadium El Alcoraz, Stadium De Vallecas dan Jose Zorilla juga telah dimasukkan.

    Xbox One, Playstation 4 dan komputer, kesemuanya akan memberikan paparan terbaharu, akan tetapi versi Nintendo Switch akan diberikan edisi Legacy dengan kit-kit yang dinaiktaraf dan beberapa perubahan yang kecil tanpa memberikan mod Volta Football dan lain-lain.

    FIFA 20 tidak akan dikeluarkan untuk Xbox 360 atau Playstation 3, menjadikan FIFA 19 siri permainan video yang terakhir untuk keduanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda