Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA batal kelayakan Korea Utara-Jepun di Pyongyang

    PYONGYANG, 24 MAC – FIFA telah membatalkan kelayakan Piala Dunia Korea Utara-Jepun yang dijadualkan pada hari Selasa di Pyongyang.

    FIFA pada kelmarin “memutuskan bahawa perlawanan kelayakan tidak akan dimainkan atau dijadualkan semula” kerana Korea Utara tidak dapat mencari tempat alternatif dan tiada ruang dalam kalendar untuk penangguhan.

    “Perkara dan keputusan perlawanan akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin FIFA,” tambahnya, yang mencadangkan Korea Utara akan dikenakan hukuman kalah 3-0.

    Korea Utara setakat ini hanya mempunyai satu kemenangan daripada tiga perlawanan – semuanya di tempat lawan – dalam kelayakan Kumpulan B Asia. Ia hanya layak ke Piala Dunia 1966 dan 2010.

    Jepun mempunyai tiga kemenangan daripada tiga dan mendahului kumpulan.

    Korea Utara berkata pada hari Rabu ia tidak boleh menjadi tuan rumah Jepun dan meminta tempat berkecuali “kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan,” kata Konfederasi Bola Sepak Asia tanpa mengulas lanjut.

    Korea Utara tewas kepada Jepun 1-0 di Tokyo pada hari Khamis.

    Korea telah menjadualkan perlawanan di tempat sendiri pada bulan Jun menentang Syria dan Myanmar. – AP

    Pemain Korea Utara menyambut penyokong mereka pada penghujung perlawanan pusingan 2 awal kelayakan bersama Piala Dunia FIFA 2026 dan Piala Asia AFC 2027 antara Jepun dan Korea Utara di Stadium Nasional pada 21 Mac 2024, di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda