LAUSANNE, 28 APRIL – FIFA berkata kelmarin ia mencadangkan lima pertukaran pemain setiap perlawanan apabila bola sepak disambung, untuk membantu pemain bertahan dengan jumlah perlawanan yang bertambah.
Badan pengurusan dunia telah menghantar cadangan mereka kepada Lembaga Antarabangsa (IFAB), pengawas undang-undang permainan, yang telah dipersetujui sebelum ia dilaksanakan oleh liga kebangsaan, jurucakap FIFA berkata.
“Apabila kejohanan disambung, kalender akan menjadi padat dengan lebih banyak dari bilangan biasa perlawanan,” katanya.
“Keselamatan pemain adalah keutamaan FIFA. Salah satu kebimbangan adalah frekuensi tinggi perlawanan mungkin meningkatkan potensi risiko kecederaan,” tambahnya lagi.
Untuk mengatasi kebim-bangan tersebut, FIFA telah membuat cadangan kepada IFAB untuk ‘seketika melonggarkan undang-undang ketiga perlawanan untuk membenarkan angka pertukaran pemain supaya ditambah. Setiap pasukan boleh melakukan lima pertukaran semasa ketika perlawanan biasa dan tambahan seorang pertukaran semasa masa tambahan.”
Cadangan tersebut perlu dikaji secepat mungkin oleh IFAB dengan beberapa liga merancang untuk menyambung semula selepas terhenti kerana pandemik pada awal bulan Mei. – AFP