Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA diminta tarik balik larangan

    NAJAF, 22 Feb – Iraq berazam untuk menjadi tuan rumah dalam kejohanan persahabatan bola sepak Teluk dengan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan di stadium-stadiumnya dan mengharamkan kemasukan senjata api pada perlawanan diharap dapat meminta FIFA untuk menarik balik larangan bagi mengadakan kejohanan kompetitif peringkat antarabangsa, menurut menteri sukan negara itu.

    Negara itu telah lama tidak bermain di peringkat antarabangsa sepenuhnya di tempat sendiri, hampir tiga dekad sejak pencerobohan Kuwait ke atas negara itu yang telah mencetuskan sekatan antarabangsa.

    Larangan FIFA meliputi semua perlawanan kecuali perlawanan tempatan, berlaku sejurus pencerobohan yang diketuai Amerika pada tahun 2003 untuk menggulingkan pemerintah negara itu, Saddam Hussein.

    Walau bagaimanapun, larangan itu pernah ditarik sementara pada tahun 2012, namun disebabkan gangguan bekalan elektrik ketika perlawanan di antara Iraq dan Jordan di ibu negara Iraq Kurdish, Arbil menyebabkan badan induk bola sepak itu untuk mengenakan semula larangan itu.

    Abdulhussein Abttan ketika ditemu bual oleh media di Stadium Antarabangsa Najaf, Iraq. – AFP

    Namun sekarang, negara itu diberi kebenaran untuk menghoskan perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium-stadium di Arbil, bandar pelabuhan selatan Basra dan Karbala.

    Minggu hadapan, Basra akan menjadi tuan rumah kepada perlawanan persahabatan di antara Iraq dan Arab Saudi, pasukan kebangsaan Arab Saudi yang pertama untuk bermain di Iraq dalam tempoh empat dekad.

    “Politik hadir pada setiap tempat dan Arab Saudi mempunyai peranan politik yang besar,” menurut Menteri Sukan dan Belia, Abdulhussein Abttan kepada AFP semasa ditemu bual di stadium antarabangsa Najaf, selatan Baghdad.

    “Kehadiran pasukan Saudi amat bermakna kepada kami.” Ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda