Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    FIFA gantung persekutuan bola sepak India

    BEIJING, 16 OGOS – Keahlian Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) digantung berkuat kuasa serta-merta kerana ‘pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga’, umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin, lapor Xinhua.

    “Penggantungan itu akan ditarik balik sebaik sahaja perintah untuk menubuhkan jawatankuasa pentadbir untuk mengambil alih kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF dimansuhkan dan pentadbiran AIFF kembali mengawal sepenuhnya urusan harian pertubuhan itu,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

    Berikutan tindakan itu, penganjuran Piala Dunia Wanita B-17 2022 yang dijadualkan di India pada 11-30 Oktober mungkin dibatalkan, dan pasukan bola sepak kebangsaan India tidak boleh bermain dalam mana-mana perlawanan antarabangsa sehingga larangan itu ditarik balik.

    Menurut kenyataan FIFA, badan induk bola sepak dunia itu sentiasa berhubung secara konstruktif dengan Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan di India dan ‘berharap keputusan positif kes itu masih boleh dicapai’. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...