Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA umum bola rasmi Piala Dunia 2026

    WASHINGTON, 3 OKT – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin telah memperkenalkan bola rasmi Piala Dunia 2026 Trionda, menandakan satu lagi pencapaian penting menjelang edisi pertama kejohanan itu yang dihoskan bersama oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).

    Nama bola itu yang berasal daripada bahasa Sepanyol, membawa maksud ‘tiga gelombang’ dan merujuk kepada perpaduan tiga negara tuan rumah.Reka bentuknya pula menggabungkan warna merah, hijau dan biru dengan simbol setiap negara iaitu daun mapel Kanada, burung helang Mexico dan bintang AS.

    Bola itu menggunakan struktur empat panel baharu dengan jahitan lebih dalam serta permukaan bertekstur yang menurut FIFA direka bagi meningkatkan kestabilan, cengkaman dan kawalan.

    Ia turut dilengkapi teknologi ‘connected ball’ dengan sensor gerakan di dalamnya untuk mengesan sentuhan secara masa nyata.

    Data berkenaan akan dihantar ke sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi membantu membuat keputusan termasuk dalam situasi ofsaid.

    Piala Dunia 2026 akan menjadi edisi pertama yang menampilkan 48 pasukan. Kejohanan itu dijadualkan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di 16 bandar raya di Amerika Utara. – Bernama

    Bola rasmi Piala Dunia FIFA Lelaki 2026 yang dinamakan Trionda dirakamkan ketika majlis pelancarannya di New York pada 2 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda