GENEVA, 28 SEPT – FIFA pada kelmarin mengeluarkan senarai nama 16 stadium yang akan menjadi gelanggang untuk perlawanan sempena Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua. Piala Dunia 2026 bakal menjadi penganjuran pertama yang berlangsung di tiga negara, dengan bilangan pasukan yang mengambil bahagian dijangka meningkat daripada 32

